Thursday 6 October 2016

Ringkasan: Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)

Kerajaan telah melancarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 pada 6 September 2013


5 ASPIRASI SISTEM PENDIDIKAN

  1. Akses100% enrolmen merentas semua peringkat pendidikan daripada prasekolah hingga menengah atas menjelang 2020
  2. KualitiNegara dalam kelompok sepertiga teratas dalam pentaksiran antarabangsa dan PISA dalam tempoh 15 tahun
  3. Ekuiti50% pengurangan dalam jurang pencapaian (bandar - luar bandar, sosioekonomi, gender) menjelang 2020
  4. PerpaduanSistem pendidikan yang menawarkan perkongsian pengalaman dan nilai kepada kanak-kanak dengan menghargai kepelbagaian
  5. KecekapanSistem yang memaksimumkan keberhasilan murid mengikut peruntukan sedia ada.


6 ASPIRASI MURID

  1. Pengetahuan
  2. Kemahiran berfikir
  3. Kemahiran memimpin
  4. Kemahiran dwibahasa
  5. Beretika dan beragama
  6. Beridentiti kebangsaan


3 GELOMBANG TRANSFORMASI (13 TAHUN)

  • Gelombang 1 (2012-2015) menumpukan kepada usaha memperbaiki sistem dengan memberi sokongan guru dan tumpuan kepada kemahiran asas
  • Gelombang 2 (2016-2020) mempercepatkan penambahbaikan system
  • Gelombang 3 (2021-2025) ke arah kecemerlangan menerusi operasi yang lebih fleksibel


11 ANJAKAN

  1. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa
  2. Memastikan setiap murid profisien dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris
  3. Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
  4. Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan
  5. Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah
  6. Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan
  7. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia
  8. Transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian pendidikan
  9. Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas
  10. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit
  11. Meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam. 





No comments:

Post a Comment